MAKLUMAT SETEMPAT
Selising merupakan sebuah pekan yang terletak dalam jajahan Pasir Puteh, Kelantan, Malaysia. Pekan Selising dilengkapi dengan Balai Polis, Pejabat Pos, Pusat Kesihatan, Stesen Minyak, Masjid, KADA dan Padang Bola. Pekan Selising sebagai pusat perhentian/persimpangan Jalan Kota Bharu - Kuala Terengganu dan juga Pekan Kok Lanas.
Jumlah penduduk Selising adalah seramai 18,270 orang yang terdiri daripada 21 mukim. Majoriti penduduk Selising berbangsa Melayu diikuti Cina dan Siam. Selising juga menjadi tumpuan beberapa peniaga kecil Melayu dan Cina yang turut merancakkan ekonomi penduduk setempat dengan perkhidmatan kedai runcit, kedai motosikal, kedai emas, kedai kopi dan kedai jualan pakaian dan kasut, juga turut dimeriahkan dengan pasar sabtu di Pekan Selising.
Jeram Mengaji/Jeram Mak Nenek dibuka pada tahun 2005 . Ianya terletak lebih kurang 6 km dari Pekan Selising atau 22 km dari Bandar Pasir Puteh. Jeram Mengaji agak istimewa kerana kewujudannya yang terletak di kawasan kampung dan merupakan destinasi pelancongan di kawasan Pasir Puteh.Kemudahan penginapan terdapat di sini yang di sediakan penduduk di kawasan ini . Jeram Mengaji menyediakan Chalet, surau, tandas awam dan rumah penginapan sementara untuk berehat yang terletak di kawasan Jeram Mengaji. Di kawasan Jeram Mengaji para pelancong boleh melihat keindahan alam yang belum di cerobohi dan tanaman-tanaman yang segar di kawasan ini seperti tumbuhan herba. Disini juga disediakan kemudahan meletak kenderaan, pondok-pondok rehat, anak tangga serta tapak perkemahan yang luas bagi tujuan rekreasi.

Antara perkhidmatan awam yang terdapat di kawasan Selising adalah:
1. Balai Polis Selising
2. Masjid Selising
3. Klinik kesihatan Selising
4. Pejabat Pos Selising
SOSIOEKONOMI & KEUSAHAWANAN
Rempah Selising amat popular bagi penduduk di Lembah Klang, terutamanya rakyat Kelantan yang berada di perantauan dan mendapat permintaan yang luar biasa bagi mereka yang telah mengetahui keistimewaannya. Rempah Selising ada 8 jenis rempah iaitu kari ayam dan daging, kerutuk ayam dan daging, kuzi, dalca, kari terung, nenas dan Kurma, gulai darat dan sup. Sebarang tempahan boleh berhubung ditalian : 019-9946334.

Antara kemudahan komuniti yang terdapat di sekitar kawasan Selising adalah:
1. Pusat Khidmat Masyarakat Selising (selisingkita)
2. Pusat Giat Mara Selising
3. Perpustakaan Mini Selising
PENDIDIKAN
Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa merupakan sekolah terawal yang di buka dikawasan Selising. Sekolah ini berdekatan dengan Balai Polis Selising dan Klinik Kesihatan Selising. Pelajar di sekolah ini terdiri daripada penduduk di kawasan ini. Pelajar sekolah ini datang dari kawasan kampung yang berdekatan dengan sekolah iaitu Kampung Banir Belikong, Tasik Pauh, Padang Pak Omar, Selising, Bukit Jawa, Bendang, Seligi, Lepah dan lain-lain. Nama Sekolah ini di ambil sempena nama Bukit Jawa. Kebanyakan guru-guru di sekolah ini menetap di kawasan Selising.
Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa 2 merupakan sekolah yang baru di buka. Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa 2 dibuka pada tahun 2011. Sekolah ini di buka kerana penduduk di kawasan ini semakin bertambah dan pelajar juga semakin bertambah. Pelajar yang berada di Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa di pindahkan ke Sekolah Bukit Jawa 2. Dengan cara ini akan mengurangkan kepadatan pelajar di sekolah tersebut. Pelajar dapat belajar dengan lebih aman dan selesa. Pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa 2 kebanyakannya datang dari kampung yang berdekatan dengan sekolah. Nama kampung tersebut adalah kampung Bukit Bidang, Bukit Merbau, Alor Hijau, Bukit Tanah, Gong Jering, dan lain-lain. Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa 2 ini berdekatan bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Selising. Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa 2 juga ada pendidikan awal kanak-kanak. Pendidikan awal kanak-kanak ini baik untuk penbelajaran peringkat awal kanak-kanak sebelum kenak-kanak memulakan persekolahan yang sebenar.
Nama Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa diambil sempena nama Bukit Jawa yang ada di kawasan Selising. Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa merupakan sekolah menengah terawal di buka di kawasan Selising. Sekolah ini mempunyai 1 ribu lebih pelajar dan sekolah ini juga mempunyai pelajar tingkatan 6 atas dan tingkatan 6 bawah. Selain itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa juga mempunyai asrama. Asrama ini di beri nama Asrama Puteri. Asrama Puteri dibina untuk pelajar sekolah yang rumahnya berada jauh dari sekolah. Dengan adanya Asrama Puteri ini pelajar perempuan akan berasa selamat dan selesa untuk ke sekolah. Asrama Puteri ini adalah bantuan penuh kerajaan dan pelajar perlu mematuhi peraturan yang di tetapkan oleh pihak asrama dan sekolah.
Sekolah Menengah Kebangsaan Selising di ambil sempena nama tempat iaitu Selising. Sekolah ini juga baru dibuka pada tahun 2010. Sekolah Menengah Kebangsaan Selising ini juga di buka kerana penduduk di kawasan ini semakin bertambah. Dengan cara ini pelajar dapat belajar dengan lebih selesa. Sekolah Menengah Kebangsaan Selising tidak ada tingkatan 6 atas dan bawah seperti mana Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa. Sekolah Menengah Kebangsaan Selising hanya ada sampai tingkatn 5 sahaja. Pelajar –Pelajarnya juga kebanyakan adalah pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa yang di pindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Selising. Sekolah Menengah Kebangsaan Selising tidak ada asrama putera dan asrama puteri. Ia merupakan sekolah biasa sahaja. Kebanyakan pelajar-pelajar sekolah ini tinggal di kawasan berdekatan dengan sekolah.
Tadika Kemas Selising berdekatan dengan Klinik Kesihatan Selising dan Pasar Selising. Tadika Kemas Selising mempunyai 25 orang pelajar. Tadika Kemas Selising mempunyai seorang guru dan seorang pembantu guru tadika. Tadika Kemas Selising mempunyai kelengkapan yang baik untuk pembelajaran kanak-kanak. Guru tadika juga adalah guru yang terlatih dah mempunyai Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Dengan adanya tempat pembelajaran yang selesa dah baik kanak-kanak akan suka belajar dan suka datang ke tadika. Tadika kemas di buka pada pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari untuk sesi pembelajaran. Tadika Kemas Selising terbuka untuk kanak-kanak yang berumur 5 tahun dan 6 tahun. Makan minum juga di sediakan untuk pelajar tadika seperti sarapan pagi.