Pada 29 Ogos 2015, Pusat Internet 1Malaysia Selising telah mengadakan pertandingan mencari harta karun sempena dengan Bulan Kemerdekaan 2015. Pertandingan ini melibatkan 20 orang pelajar sekolah menengah di kawasan Selising (ahli PI1M Selising) yang diadakan di bangunan PI1M Selising. Pelajar tesebut dibahagikan kepada 4 kumpulan, setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang pelajar. Di mana setiap kumpulan perlu mejawab 10 soalan subjektif dan menyelesaikan atau mencari klu soalan untuk kad soalan yang seterusnya.
Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim antara ahli PI1M Selising dan pentadbir PI1M Selising serta memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan 2015 pada 31 Ogos 2015 serta menanamkan semangat kesepaduan, kekitaan, kesefahaman dan kemanusiaan walaupun dimana kita berada. SELAMAT HARI KEBANGSAAN 2015, SEHATI SEJIWA.
Berikut antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan:
1. Puzzle
4. Nyanyian lagu tema Hari Kebangsaan 2015
5. Penyampian hadiah.
2. Klik Dengan Bijak
3. Pengetahuan tentang Bendera Jalur Gemilng dan Kemerdekaan 4. Nyanyian lagu tema Hari Kebangsaan 2015
5. Penyampian hadiah.