Saturday, 24 October 2015

Program Merentas Desa Orang Kampung.

Pada 17 Oktober 2015, Pusat Internet 1Malaysia Selising menyertai Program Merentas Desa Orang Kampung bertempat di Trek Larian Sekitar Kampung Gong Jering, Selising yang dianjurkan oleh JKKKP dan JPP Bukit Bidang/Gong Jering Selising, Pasir Puteh.

Tujuan anjuran dan penglibatan PI1M Selising adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara penduduk setempat, merapatkan lagi hubungan penduduk dengan kakitangan kerja di kawasan Selising, mempromosikan Pusat Internet 1Malaysia Selising dengan penduduk melalui aktiviti edaran risalah PI1M Selising dan penyampaian objektif sebenar Pusat Internet 1Malaysia yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)  dan menyedarkan penduduk terlibat tentang Hari Sukan Negara 2015 dengan memupuk semangat kesukanan dikalangan penduduk, dimana tema untuk tahun ini ”Sukan Untuk Semua”.


Antara badan-badan yang terlibat dalam program ini termasuk Tadika Perpaduan – seluruh Pasir Puteh, Pertahanan Awam dan Hospital Tengku Anis Pasir Puteh. Program Merentas Desa Kampung ini dirasmikan oleh YB Zulkifle Bin Ali (ADUN Selising).