Saturday, 2 January 2016

Karnival Usahawan dan ICT PI1M Zon KDN1

Pada 18 Disember 2015, Pusat Internet 1Malaysia, Zon KDN1, Kelantan (PI1M Kg. Lawang, PI1M Kajang Sebidang, PI1M Bukit Tandak, PI1M Selising, PI1M Kg. Semuba, PI1M Jeram, PI1M Batu Gajah, PI1M Gong Kulim, PI1M Kg. Repek, PI1M Kg. Chengal) telah mengadakan Karnival Usahawan dan ICT  di PI1M Lawang, Tanah Merah. Program ini telah sempurna dirasmikan oleh En. Zulkaperi Bin Manan (Maxis).

Tujuan utama program ini dianjurkan bersama adalah untuk mempromosikan Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti setempat, badan organisasi kerajaan, bukan kerajaan (NGO), Usahawan Industri Kecil Sederhana(IKS), golongan belia dan pelajar sekolah, meningkatkan tahap pengetahuan komuniti luar bandar dan usahawan tempatan berkenaan bidang ICT setanding dengan komuniti dan usahawan di bandar dan mendedahkan komuniti dengan pengetahuan ICT melalui program Jejak Jalur Digital (JJD) serta pengguna jalur lebar tentang program e-waste & digital.
 
Antara agensi kerajaan yang terlibat ialah klinik kesihatan Batu Gajah,askar regimen kelantan, UMK-ISME, Usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS), pelajar sekolah, golongan belia dan komuniti sekitar. Seramai 500 orang tetamu yang hadir untuk memeriahkan majlis. 
 

Program ICT DAN KLIK DENGAN BIJAK (KDB)

Pada bulan Disember 2015, Pusat Internet 1Malaysia Selising telah mengadakan 2 program ICT iaitu Kelas Asas Kemahiran Komputer untuk kategori dewasa, di mana peserta yang terlibat adalah pesara Guru di Selising dan Kelas ICT dan KDB, kategori pelajar berumur 12 tahun ke bawah. Progam ini diadakan bagi tujuan pendedahan kepada pengenalan komputer untuk orang dewasa dan pengisian waktu para pelajar di musim cuti persekolahan dengan pengenalan kepada Microsoft Office, aplikasi Paint dan Klik Dengan Bijak.
 

Friday, 11 December 2015

Program ICON Junior Game Salad

Program ini adalah di bawah anjuran MDEC (Multimedia Development Corporation) dengan kerjasama Pusat Internet 1Malaysia Selising (PI1M Selising), Pusat Khidmat Masyarakat DUN Selising (selisingkita) dan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh (PPD) bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah terhadap bidang pembangunan aplikasi dan kandungan kreatif. Program ini diadakan selama 1 bulan bermula pada:

Tarikh: 26 Oktober – 28 November 2015
Hari: Setiap Hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis
Masa: 9.00 Pagi – 5.00 Petang
Tempat: Pusat Internet 1Malaysia Selising







 Program ini melibatkan beberapa buah sekolah di daerah Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu, Machang dan sekolah di kawasan DUN Selising terdiridaripada SMK Kubang Telaga, SK Tualang Tinggi, SMK Bukit Jawa, SMK Dato' Perdana, SK Bukit Jawa 1, SM Sains Machang, SMUTIS, SMK Selising, SMK Kamil, SMU(A) Lepah, SMK Putera, SK Bukit Jawa 2, SK Kampung Berangan, Maahad Saniah, SMK(A) Tok Bachok dan ahli PI1M Selising penyertaan seramai 500 orang pelajar selama 4 minggu.
 

Saturday, 24 October 2015

Program Merentas Desa Orang Kampung.

Pada 17 Oktober 2015, Pusat Internet 1Malaysia Selising menyertai Program Merentas Desa Orang Kampung bertempat di Trek Larian Sekitar Kampung Gong Jering, Selising yang dianjurkan oleh JKKKP dan JPP Bukit Bidang/Gong Jering Selising, Pasir Puteh.

Tujuan anjuran dan penglibatan PI1M Selising adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara penduduk setempat, merapatkan lagi hubungan penduduk dengan kakitangan kerja di kawasan Selising, mempromosikan Pusat Internet 1Malaysia Selising dengan penduduk melalui aktiviti edaran risalah PI1M Selising dan penyampaian objektif sebenar Pusat Internet 1Malaysia yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)  dan menyedarkan penduduk terlibat tentang Hari Sukan Negara 2015 dengan memupuk semangat kesukanan dikalangan penduduk, dimana tema untuk tahun ini ”Sukan Untuk Semua”.


Antara badan-badan yang terlibat dalam program ini termasuk Tadika Perpaduan – seluruh Pasir Puteh, Pertahanan Awam dan Hospital Tengku Anis Pasir Puteh. Program Merentas Desa Kampung ini dirasmikan oleh YB Zulkifle Bin Ali (ADUN Selising).
 

Saturday, 5 September 2015

Pertandingan Mencari Harta Karun


Pada 29 Ogos 2015, Pusat Internet 1Malaysia Selising telah mengadakan pertandingan mencari harta karun sempena dengan Bulan Kemerdekaan 2015. Pertandingan ini melibatkan 20 orang pelajar sekolah menengah di kawasan Selising (ahli PI1M Selising) yang diadakan di bangunan PI1M Selising. Pelajar tesebut dibahagikan kepada 4 kumpulan, setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang pelajar.  Di mana setiap kumpulan perlu mejawab 10 soalan subjektif dan menyelesaikan atau mencari klu soalan untuk kad soalan yang seterusnya. 


Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim antara ahli PI1M Selising dan pentadbir PI1M Selising serta memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan 2015 pada 31 Ogos 2015 serta menanamkan semangat kesepaduan, kekitaan, kesefahaman dan kemanusiaan walaupun dimana  kita berada. SELAMAT HARI KEBANGSAAN 2015, SEHATI SEJIWA.


Berikut antara  aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan:

1. Puzzle
2. Klik Dengan Bijak
3. Pengetahuan tentang Bendera Jalur Gemilng dan Kemerdekaan 
4. Nyanyian lagu tema Hari Kebangsaan 2015
5. Penyampian hadiah.

Friday, 21 August 2015

Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang

Pada 15 Ogos 2015, Pusat Internet 1Malaysia Selising menyertai Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Tautan Perpaduan Aidilfitri Peringkat Kawasan Rukun Tertangga Daerah Pasir Puteh Tahun 2015 di Perkarangan Bazar MARA Selising. Program ini dirasmikan oleh YABrs. Puan Safidah Binti Abu Samah (Pengarah JPNIN Kelantan) dan dilancarkan oleh YB Zulkifle Bin Ali (ADUN Selising). Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim antara komuniti setempat dan kakitangan kerja di kawasan Selising dan Pasir Puteh dan menyedarkan penduduk tentang bulan kemerdekaan bagi memupuk semangat Sehati Sejiwa.

Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang & Penyerahan Bendera Jalur Gemilan





Maskot Kempen Kibar Jalur Gemilang



Gerai Pusat Internet 1Malaysia Selising




Anak Merdeka



Kibaran Bendera Jalur Gemilang Adik-Adik Tabika Perpaduan






Monday, 3 August 2015

Majlis Rumah Terbuka (Open Day) Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015

Pada 25 Julai 2015, Pusat Internet 1Malaysia Selising telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka (Open Day) Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015. Tujuan utama hari terbuka diadakan adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara PI1M Selising dengan komuniti setempat.